Apa macam ….? Best tak
Saya jumpa di Pejabat Agama Islam Bandar Muar…
Pejabat Tok Kadi Muar.. Menggunakan alam sekitar sebagai bahan kitar semula…
Apa macam ….? Best tak
Saya jumpa di Pejabat Agama Islam Bandar Muar…
Pejabat Tok Kadi Muar.. Menggunakan alam sekitar sebagai bahan kitar semula…
→ No CommentsTags: Umum
![]()
Assalamulaikum…
Hari selasa lepas, saya pulang ke kampung sekali lagi kerana urusan tanah pusaka untuk ibu dan adik bungsu saya. Pelan asal, terus bergerak pulang ke kajang sebelum waktu zohor tetapi atas perintah mohor-mohor besar ibu saya, kena hantar adik ke Uitm  Segamat .. “Baik Puan… Saya menurut Perintah…!”
Dalam perjalanan sampai di bandaraya Muor, tiba-tiba terasa rindu Asam Pedas Muor… Jeng- jeng- jeng… teringat pulak Asam Pedas Tanjung Emas… Apa lagi ..! Singgah dan mula mencekik. Pada kebiasaan saya menjamah juadah Asam Pedas hanya pada waktu malam…. tapi kali ini special kes… Tak tahan lagi … Ulam dan telur dadar adalah menu sampingan saya.
Oleh kerana kesuntukkan masa, saya dan adik bungsu saya singgah di Gerai Asam pedas di Tanjung Emas. Kalau nak dijadikan cerita, ada beberapa lagi tempat lain yang menjadi lokasi  kegemaran saya tetapi ia dibuka hanya pada waktu malam sahaja  seperti di Pelabuhan ikan Parit Jawa dan Parit Yusof berhampiran Pekan Semerah. Atau di Parit Sulong Batu Pahat berhampiran rumah mak mertua saya. Mungkin anda juga mempunyai lokasi tersendiri yang boleh dikongsi bersama namun ini sudah cukup untuk saya  melepaskan gian rindu Asam Pedas Muor…
Pelbagai jenis Asam pedas ada kat gerai ini. Banyaknya gerai…! Rasa pun sedap juga belaka… sampai tak tahu nak pilih gerai mana satu. Pelbagai menu seperti Asam pedas Ikan kembung, Ikan Pari , Ikan Charu adalah menu kebiasaannya tetapi ada ikan dan benda lain seperti ikan merah, telur tembakul dan beberapa spesis yang tak sempat nak diingati … Al maklum lah… dah kebulur la katakan….
Gerai ini adalah gerai kegemaran adik saya…
Sekarang dia kat Korea… Selamat Makan Asam Pedai Kimochee…! Padan muka…he..he..
Nanti .. lain kali kita cerita bab Asam pedas Melaka pulak…
→ No CommentsTags: Aktiviti bersama keluarga · Holiday Makan
Assalamulaikum…
Mungkin agak pelik topik blog saya kali ini. Namun begitu, ia adalah satu realiti yang amat drastik bagi saya. Selama 12.5 Tahun saya bekerja di dalam industri Perkilangan walaupun sebagai Designer, namun nikmat bersarapan secara bersahaja dan tenang tanpa mengira limit masa untuk “punch card” amat jarang saya nikmati kecuali hari bercuti.
Kini setelah saya mulakan kerier baru “Kerja sendiri”… barulah saya boleh menikmati sarapan yang tenang setiap pagi …Namun begitu… displin untuk diri senidri tetap akan saya kekalkan…untuk bekerja bersungguh-sungguh..
 Apa macam anda yang lain… ada ok…?
→ 10 CommentsTags: Umum
Assalamulaikum

Buku ini antara buku yang agak memakan masa yang lama untuk saya habiskan. Buku ini menerangkan bahawa bukan semua buku memberi impak yang maksima kepada setiap pembaca. Bukan buku yang dikatakan hebat itu boleh mempersonakan semua pembaca.
Buku ini menceritaka beberapa buku yang memberi impak yang besar kepada beberapa tokoh atau orang terkenal dan yang paling penting… bukan semua pada buku yang sama.
 Pada mulanya saya agak ragu-ragu hendak membacanya tetapi ternyata sekali pembelian buku ini amat berbaloi. Secara tidak disedari, saya juga mempunyai pendapat yang sama dengan penulis yang menyatakan setiap pembaca mempunyai persepsi dan tafsiran tersendiri….
Sememangnya buku yang hebat mempunyai ramai peminat dan pembaca tetapi ia bukannya setiap orang. Tapi… Kalau tak baca buku lagi la tak boleh jadi cerita
Itu pendapat saya … Anda bagaimana…?Â
→ 4 CommentsTags: Buku Motivasi · My Library